Header Ads

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Lakonan Ashraf Muslim & Aishah Azman

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Lakonan Ashraf Muslim & Aishah AzmanDrama Melayu terbaru dalam slot Lestary TV3? Drama Cinta Hati Batu adalah drama bersiri terbaru yang berdurasi selama 20 episod di Slot Lestary TV3. Drama Cinta Hati Batu adalah drama yang diadaptasi dari novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof, dimana ia akan mula disiarkan pada 28 Disember 2017. Drama ini menggantikan Drama Dekatkan Jarak Kita yang diarahkan oleh Amor Rizan dan dibintangi oleh beberapa pelakon hebat antaranya iaitu Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Ardell Aryana dan ramai lagi. Jom baca Sinopsis Drama Cinta Hati Batu!

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Lakonan Ashraf Muslim & Aishah Azman

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Lakonan Ashraf Muslim & Aishah Azman


Drama ini mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas aturan keluarga. Namun perkahwinan langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.

Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka.


Lagu Tema Drama Cinta Hati Batu 


Judul Lagu : Kata Akhirmu
Penyanyi : Ariff Bahran

Baca juga :
● Senarai Pelakon Drama Coffee Prince Malaysia Astro
● Senarai Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela TV3
Senarai Pelakon Drama Cinta Hati Batu 

Jangan lupa saksikan drama terbaru Cinta Hati Batu di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Khamis jam 9 malam. Terima kasih membaca artikel Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Lakonan Ashraf Muslim & Aishah Azman.

No comments

Powered by Blogger.