Header Ads

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita Lakonan Aprena Manrose & Syukri Yahaya

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita Lakonan Aprena Manrose & Syukri Yahaya|Drama Melayu terbaru slot Akasia TV3? Saksikan drama terbaru berjudul Tiada Arah Jodoh Kita yang diadaptasi daripada sebuah kara Ezza Mysara, novel Tiada Arah Jodoh Kita. Drama ini akan menggantikan drama Kekasih Paksa Rela untuk mengisi slot Akasia di TV3 yang dibintangi oleh beberapa pelakon hebat iaitu Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Drama ini mula ditayangkan pada 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 malam di TV3. Jom baca sinopsis drama Tiada Arah Jodoh Kita!

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita Lakonan Aprena Manrose & Syukri Yahaya

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita Lakonan Aprena Manrose & Syukri Yahaya


Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Tiada Arah Jodoh Kita :

Senarai Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita 


● Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
● Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
● Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
● Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh 


Mengisahkan ketabahan watak Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Jangan lupa tonton drama Tiada Arah Jodoh Kita setiap episod secara langsung di TV3 atau tonton.my. Selamat menonton.

No comments

Powered by Blogger.