Header Ads

Lirik Lagu Manis Manis Cinta Syafiq Farhain & Baby Shima

Lirik Lagu Manis Manis Cinta Syafiq Farhain & Baby Shima. Anda peminat Syafiq Farhain dan Baby Shima? Untuk lagu berjudul Manis Manis Cinta buat kali pertama Syafiq Farhain bergandingan bersama Baby Shima dalam lagu tersebut. Lagu ini telah diriliskan pada 19 Mac lalu di bawah terbitan MVM Productions Sdn Bhd.
Jom hayati lirik lagu Manis Manis Cinta nyanyian Syafiq Farhain dan Baby Shima!

Lirik Lagu Manis Manis Cinta Syafiq Farhain & Baby Shima

Lirik Lagu Manis Manis Cinta Syafiq Farhain & Baby Shima


Berikut dikongsikan adalah lirik lagu Manis Manis Cinta yang dinyanyikan oleh Syafiq Farhain ft. Baby Shima :

Tajuk : Manis Manis Cinta
Penyanyi : Syafiq Farhain ft. Baby Shima

Sungguh mati aku tak jemu
walau selalu kau di sisi ku
sungguh mati aku tak jemu
walau selalu kau di sisi ku

denyut nadi degup jantung ku
hanya untukmu cinta yang satu
manis manis orang bercinta
siang malam mahu bersama

kau berikan satu cintamu
tulus suci hanya untukku
kau berikan satu cintamu
tulus suci hanya untukku

jasad nyawa hela nafasku
hanya untukmu cinta yang satu
manis manis orang bercinta
siang malam mahu bersama

jangan sampai ada air mata
yang memisah kita di dunia
jangan sampai ada kecurangan
yang membunuh cinta cinta kita

hanya engkau hatiku berpaut
sanjungan batin ku
hanya engkau jiwaku berteduh selamanya

rembulan merangkai rindu ku
setiap kali kau menjauh
percaya (siapa?) pada ku (kenapa?)
tak pernah kau jauh di hati

walaupun dijampi mentera
tak mampu menewaskan cinta
sentulah (di mana?) dapaklah (mengapa?)
cintaku di kamar hatimu

jangan sampai ada air mata
yang memisah kita di dunia
jangan sampai ada kecurangan
yang membunuh cinta cinta kita

hanya engkau hati ku berpaut
sanjungan batin ku
hanya engkau jiwa ku berteduh selamanya

rembulan merangkai rinduku
setiap kali kau menjauh
percaya (siapa?) padaku (kenapa?)
tak pernah kau jauh di hati

walaupun dijampi mentera
tak mampu menewaskan cinta
sentulah (di mana?) dapaklah (mengapa?)
cintaku di kamar hatimu

kalau hidup seribu tahun
bersamamu aku tak jemu
kalau hidup seribu tahun
bersamamu aku tak jemu

kalau mati boleh bersama
tanam sekubur kita berdua

manis manis orang bercinta
(manis manis orang bercinta)
siang malam mahu bersama
(siang malam mahu bersama)

No comments

Powered by Blogger.