Header Ads

Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (Idris Khan, Ruhainies & PU Rizz)

Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (Idris Khan, Ruhainies & PU Rizz). Saksikan drama terbaru berjudul Anugerah Cinta Aisyah yang diarahkan oleh pengarah hebat Khairul Anwar. Drama Anugerah Cinta Aisyah ini menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Idris Khan, Ruhainies, PU Rizz dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan nanti selama 13 episod. Jangan lupa saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Ahad mulai jam 10.00 malam di TV Okey. Jom terjah sinopsis drama Anugerah Cinta Aisyah❗

Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (Idris Khan, Ruhainies & PU Rizz)

Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (Idris Khan, Ruhainies & PU Rizz)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Anugerah Cinta Aisyah memaparkan senarai pelakon, sinopsis dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Anugerah Cinta Aisyah 


● Idris Khan sebagai Zahrin

● Ruhainies sebagai Aisyah

● PU Rizz sebagai Amani

● Haris Ismail sebagai Syazwan

● Hanna Aqeela sebagai Nadihah

● Ali Reza sebagai Andre

● Puteri Khareeza sebagai Serena

Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah 


Drama ini mengisahkan tentang graduan dari Mesir bernama Aisyah dan juga merupakan seorang ustazah guru sandaran apabila dia kembali ke Malaysia. Aisyah kemudian mengambil alih tugas ayahnya, Ustaz Saleh menggantikan tempatnya mengajar agama di rumah Dato’ Khaleed dan Datin Zariah. Anak kepada Dato Khaleed dan Datin Zariah iaitu, Zahril bersikap liar dan mempunyai teman wanita bernama Serena, penyanyi di kelab.

Sementara itu Aisyah sebenarnya menunggu kepulangan Syazwan (Haris Ismail), kekasihnya ketika mereka belajar bersama di Mesir dan berjanji akan berkahwin dengannya. Ibu kepada Zahril meminta anaknya untuk memutuskan hubungannya dengan Serena. Situasi tersebut telah mencetuskan konflik dalam keluarga Dato’ Khaleed.

Kedatangan Aisyah disambut mesra oleh Datin yang sukakan keperibadian Aisyah dengan ciri-ciri gadis muslimah dan berakhlak mulia. Serena mula bertekak dengan Zahril yang tidak menyokong tawaran nyanyian yang diterimanya ke Budapest. Perbalahan Zahril dengan ayah dan ibunya berterusan ditambah dengan kehadiran Aisyah yang tidak disukainya. Nak tahu apa kesudahannya?

Selamat menonton drama Anugerah Cinta Aisyah di saluran TV Okey!

No comments

Powered by Blogger.