Header Ads

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar & Neelofa

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar & NeelofaDrama Melayu terbaru dalam slot MegaDrama Astro? Drama Red Velvet adalah drama bersiri terbaru yang berdurasi selama 20 episod di Slot MegaDrama Astro. Drama Red Velvet akan mula disiarkan pada 23 Oktober 2017, dimana drama ini menggantikan drama Awak Suka Saya Tak. Drama ini diarahkan oleh Hadith Othman dan dibintangi oleh beberapa pelakon hebat iaitu Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Jom baca sinopsis Drama Red Velvet!

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar & Neelofa

Sinopsis Drama Red Velvet Slot MegaDrama 2017


Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Baca juga 👉 Senarai Pelakon Drama Red Velvet 

Jangan lupa saksikan drama terbaru Red Velvet di Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Terima kasih membaca artikel Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar & Neelofa.

No comments

Powered by Blogger.