Header Ads

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (Ungku Ismail & Elizad Sharifuddin)

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (Ungku Ismail & Elizad Sharifuddin). Saksikan drama terbaru berjudul Aku Yang Kau Tinggalkan yang diarahkan oleh pengarah hebat Azri. Drama Aku Yang Kau Tinggalkan ini menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasha Mahyan, Aedy Ashraf dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan pada 6 Mei nanti selama 30 episod. Jangan lupa saksikan drama ini setiap hari Ahad mulai jam 7.00 malam di TV1. Jom terjah sinopsis drama Aku Yang Kau Tinggalkan❗

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (Ungku Ismail & Elizad Sharifuddin)

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (Ungku Ismail & Elizad Sharifuddin)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Aku Yang Kau Tinggalkan yang memaparkan senarai pelakon, sinopsis dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan 


● Ungku Ismail Aziz sebagai Zaril Ikhwan

● Elizad Sharifuddin sebagai Nia Athirah

● Natasya Mahyan sebagai Ani

● Adam Shadan sebagai Sazali

● Safwan Nazri asebagai Syafiq

● Syaffiq Sahli sebagai Shahid

● Husna Mustaffa sebagai Hajer

● Aedy Ashraf sebagai Zainal Azman

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan 


Drama ini mengisahkan tentang ikatan perkahwinan antara Nia Athirah (Elizad Sharifuddin) dan Zaril Ikhwan (Ungku Ismail) bukanlah atas dasar cinta. Perkahwinan mereka ini disebabkan Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, manakala Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri dalam diam-diam. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Adakah Zaril akan mencari dan bersatu semula dengan Nia?

Selamat menonton drama Aku Yang Kau Tinggalkan di slot Widuri TV1!

No comments

Powered by Blogger.