Header Ads

Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga (Aeril Zafrel & Janna Nick)

Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga (Aeril Zafrel & Janna Nick). Saksikan drama terbaru berjudul Cari Aku Di Syurga yang diarahkan oleh pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohammedin. Drama yang berdurasi selama 15 episod ini merupakan pengganti kepada drama Voice Note. Drama Cari Aku Di Syurga dibintangi Aeril Zafrel, Mimi Lana dan Janna Nick sebagai pelakon utama dimana drama ini akan mengisi slot Samarinda di TV3. Jangan lupa saksikan Cari Aku Di Syurga setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran TV3❗

Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga (Aeril Zafrel & Janna Nick)

Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga (Aeril Zafrel & Janna Nick)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Cari Aku Di Syurga yang memaparkan senarai pelakon, sinopsis dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Cari Aku Di Syurga 


● Aeril Zafrel sebagai Anas

● Janna Nick sebagai Lisa

● Mimi Lana sebagai Mira

● Duerra Mitilda sebagai Suri

● Hun Haqeem

Synopsis Drama Cari Aku Di Syurga 


Drama ini mengisahkan tentang Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih tetapi mempunyai latar belakang yang berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan ini kerana Anaz tidak setaraf dengan keluarga Lisa dan mahu menjodohkan dengan Dr. Arsyad. Lisa yang tidak menerima kenyataan terus melarikan diri dan berkahwin dengan Anas. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa tidak biasa dengan hidup susah dan daif. Sejurus melahirkan anak pertama, Lisa tekad untuk bercerai dan meninggalkan Anas dan kembali kepada kehidupan lamanya.

Selepas itu, Anas telah berkahwin dengan Mira dan membesarkan Suri bersama-sama. 6 tahun berlalu, Lisa yang telah berkahwin dengan Dr Irsyad kini kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Akibat kemalangan Anas telah mengalami hilang ingatan dan tidak mampu mengingati anaknya. Disebabkan itu, Suri terpaksa dijaga oleh Lisa.

BACA JUGA : Lagu Tema Drama Cari Aku Di Syurga 

Selamat menonton drama Cari Aku Di Syurga di slot Samarinda!

No comments

Powered by Blogger.