Header Ads

Sinopsis Drama Pia (Zara Zya, Alif Satar & Naim Daniel)

Sinopsis Drama Pia (Zara Zya, Alif Satar & Naim Daniel). Saksikan drama terbaru berjudul Pia yang diarahkan oleh Azman Yahya. Drama Pia ini menampilkan Zara Zya, Alif Satar dan Naim Danial sebagai pelakon utama dimana drama ini yanh akan menghiasi di slot Lestary. Jangan lupa saksikan drama Pia setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam di saluran TV3❗

Sinopsis Drama Pia (Zara Zya, Alif Satar & Naim Daniel)

Sinopsis Drama Pia (Zara Zya, Alif Satar & Naim Daniel) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Pia yang memaparkan senarai pelakon, sinopsis dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Pia


● Mia Ahmad sebagai Maisara

● Hafreez Adam sebagai Zahrin

● Eyka Farhama sebagai Elly

● Jaslin Puasa sebagai Zulfakar

● Akmal Ahmad sebagai Adlin

Sinopsis Drama Pia


Drama Pia mengisahkan tentang Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kematian ibu bapanya akibat dadah, Pia dijaga oleh Pak Long Mat. Pia mempunyai seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi (Naim Daniel). Zafran (Alif Satar) merupakan rakan mengaji Pia yang tinggal bersama ibu bapa saudaranya dan menyukai Pia.

Ibu saudara Zafran bernama Ila sering memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan percintaan mereka dan cuba menghalangnya. Setelah dewasa Zafran meneruskan pengajiannya ke luar negara dan apabila pulang terus mengahwini Pia. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui Ila. Zafran yang mahukan sepenuh perhatian daripada Pia telah menghantar Budi ke pusat penjagaan. Hubungan mereka lama kelamaan semakin dingin disebabkan Zafran mula berubah dan menambahkan lagi kesengsaraan di hati Pia.

BACA JUGA : Tonton Drama Pia Episod 1 - 15

Selamat menonton drama Pia!

No comments

Powered by Blogger.