Header Ads

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Kamal Adli & Uqasha Senrose)

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Kamal Adli & Uqasha Senrose). Saksikan drama terbaru berjudul Setelah Terlafaznya Akad yang muncul di kaca tv anda. Drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Michael Ang dan menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan pada 26 Jun 2019 selama 26 episod. Jangan lupa saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 10.00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Jom terjah sinopsis drama Setelah Terlafaznya Akad❗

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Kamal Adli & Uqasha Senrose)

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Kamal Adli & Uqasha Senrose)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Setelah Terlafaznya Akad yang memaparkan senarai pelakon, sinopsis dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad


● Kamal Adli sebagai Hanan

● Uqasha Senrose sebagai Nawal

● Zeera Azizi sebagai Hani

● Zulhemy sebagai Hairuddin

● Nadya Syahera sebagai Milah

● Norlia Ghani sebagai Tokma

● Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 


Drama ini mengisahkan tentang setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka.

Selamat menonton drama Setelah Terlafaznya Akad di saluran Astro Ria!

No comments

Powered by Blogger.